Tuesday, June 24, 2008

Riyal oh Riyal!



Dalam ceramah Ustaz Yusuf, kami dimaklumkan bahawa terlampau banyak ruang pahala yang boleh direbut dan mudah dilaksanakan. Di antaranya adalah wakaf Al-Quran yang diletakkan di Masjidil Haram. Pahalanya akan berpanjangan kerana berjuta jemaah yang datang akan memanfaatkan mushaf tersebut.

Sejurus selepas itu, Umi dan Abi membuat keputusan hadiah terbaik untuk Mama dan Ayah serta Umi dan Abun adalah wakaf mushaf Al-Quran. Kalau di kedai buku biasa, mushaf sederhana menurut piawai yang diterima Masjidil Haram, harganya SR40. Kami reserve dulu sebab duit tak ‘berapa cukup’ untuk dibawa untuk belanja di Madinah.

Kebetulan pulang dari masjid selepas solat Isya’, datang seorang penjual Arab memakai jubah putih dan berkopiah menjual mushaf dengan harga SR25. Apa lagi?!! Kami terus borong empat mushaf. Keesokannya apabila kami letakkan di atas rak Al-Quran di dalam masjid, kami perasan petugas/cleaner masjid datang membawa troli untuk mengeluarkan sebarang buku atau mushaf yang tidak menurut piawai masjid. Wallahua’lam mushaf kami termasuk dlama kategori tersebut atau tidak.

Rupa-rupanya, mushaf kami adalah keluaran Syria dan bukan menurut piawai sebenar. Kecewa juga. Tapi disebabkan Abi tekad nak wakafkan mushaf tersebut, kami kena la pi cari mesin cetak riyal. Haha!

Keluar dari Bab Malik Abdul Aziz, anda akan melihat Pasaraya Ben Dawood (ala-ala Giant). Di bangunan tersebut ada mesin ATM Bank Ar-Rajhi dan juga HSBC.

Abi cuba call hotline Maybankard untuk ‘activate’ pengeluaran internasional. Berkali-kali kami cuba…dari telefon operator..hingga menunggu pengesahan untuk pengeluaran internasional tersebut. Kalau ada rezeki boleh la kami beli mushaf baru untuk wakaf.

Selepas solat ‘Asar kami cuba lagi, di Bank Ar-Rajhi….jeng..jeng…Boleh keluar Riyal!! Kami ‘mintak cetak’ SR200. Siap slip bank ada print baki duit dalam akaun kami lagi.

Wah! Lepas ni dengan Maybankard boleh keluarkan duit kat mana-mana ATM oversea la! Voila!

Monday, June 23, 2008

Gua Hira’ – what an experience!


Pada hari Ustaz Yusuf menyampaikan ceramahnya, kami ditawarkan untuk lawatan extra, Ladang Unta dan Hudaibiyah (tempat Rasulullah menjalankan bai’ah) serta pendakian ke Gua Hira’.

Dengan bayaran tambahan SR48, kami pun bersetuju untuk ikut lawatan tambahan tersebut. I never could imagine the trip up to the cave will be that thrill! Phew! Dengan kasut cabuk (ok la buat berjalan), ada rezeki juga dapat sampai ke Gua Hira’.

Ustaz Yusuf cadangkan kami pergi pada malam hari. Kami berkumpul di lobi hotel jam 10 malam. Tidak semua dari kumpulan kami yang turut serta dalam trip ni. Maklumlah nak mendaki!

Van yang membawa kami melalui lorong kecil dan mendaki di celah-celah rumah penduduk tempatan. Suspen jugak, larat ke van ni naik jalan ni?

Alhamdulillah sampai di tempat berkumpul, kami minum dulu. Ada kedai runcit kecil yang menjual minuman, poster dan poskad tempat-tempat bersejarah di Tanah Haram.

Sekitar jam 11 malam, kami pun mulakan perjalanan mendaki. Very steep nevertheless we were quite lucky though. Dah ada anak-anak tangga yang diperbuat dari simen walau pun tiada tali pemegang di kiri atau kanan. Sangat bahaya sebenarnya!


Rasa mengah juga mendaki. Jalan perlahan-lahan. Berhenti sekejap hirup udara segar di malam hari, best jugak! Tapi ada ketika tertentu Umi terasa gayat dan rasa terhoyong-hayang. Wallahua’lam, dek kerana angin yang bertiup di atas bukit atau kerana pemandangan lampu-lampu rumah di bawah nun yang sayup-sayup kelihatan. Detik itu, terasa macam tak nak teruskan je. Thanx to Abi kerana beri sokongan moral.

Tiba je di puncak, terdapat dataran yang menempatkan beberapa pondok tempat pengunjung berteduh (jika pendakian dibuat pada siang hari). Tidak kurang juga ada seorang Pakcik Kashmir meniaga di atas. Not bad la! Boleh beli air tin dan air mineral dengan harga SR2.00. Dan, ada juga pengemis yang menetap di puncak Jabal Nur ni.

Setelah menikmati pemandangan kota Mekkah yang indah diterangi lampu-lampu neon, kami perlu turun anak tangga yang lebih curam dan kemudian memasuki ruang gua yang sempit sebelum tiba di ruang khalwat Rasulullah. Kecil sahaja, tidak besar, cukup untuk dua orang dewasa berdiri dan sujud di situ. Kemudian dalam keheningan malam, Ustaz Yusuf memanjat ruang gua yang tinggi dan duduk bersila di situ. Ustaz memulakan ceritanya tentang proses penurunan wahyu oleh Jibril pada Rasulullah. Meremang bulu roma mendengar cerita Ustaz. Terbayang pada saat itu, Jibril berada di ruang angkasa kami melebarkan sayapnya sejauh mata memandang. AllahuAkbar! Ya Rasulullah, sungguh besar pengorbananmu mengemban amanah ini.
Pendakian mengambil masa 1 jam, penurunan juga mengambil masa 1 jam. Pulang ke hotel, jam dah menunjukkan pukul 2 pagi. Penatnya tapi berbaloi. Gua Hira’ – what an experience!! Kena pegi sendiri la baru boleh hayati..heheh.

Ibadah Sepenuh Hati



Day 4: 23 Mei

Awal pagi kami selesai sarapan kami naik bas untuk mengerjakan umrah dengan miqat dari tempat bernama Tan’im. Sayidatina ‘Aisyah miqat untuk umrah di tempat ini. Yang menarik tentang Tan’im adalah terdapat tempat jatuh hukuman bagi penjenayah yang melakukan convicted crime. Mutawwif pernah melihat dengan mata kepalanya sendiri seorang pencuri dijatuhkan hukuman potong tangan. Katanya, sebab itu orang Arab jika bergaduh ‘busuk-busuk’ pun gaduh mulut je.

Kami tiba dari Masjid Aisyah di Tan’im, terus ikut mutawwif untuk melaksanakan ibadah umrah. Ibadah lagi sepenuh hati. Merendah diri, merintih di hadapan rumah Allah dan memohon HANYA kepada Allah. Bukan ka’bah atau mana2 tiang yang ada di dalam Masjidil Haram.

Umi pernah nampak Pak Arab (guard yang berjubah) menghalang seorang Iran, katanya,”Ya Musyrik! Ud’u ilalLah laisal ka’bah” (berdo’alah pada Allah bukan ka’bah). Ini lah fahaman-fahaman terpesong sesetengah jemaah yang hadir dan ini kelihatan di dinding ka’bah di mana sesetengahnya meratap dan bergayut-gayut pada kelambu ka’bah. Jangan terkejut dan jangan pulak ikut mereka ye!

Day 5: 24 Mei

Hari ini hari Jumaat. Masa terhad untuk keluar ke mana-mana. Kami banyakkan tawaf sunat dan ada masa yang sesuai balik dari masjid kami pun ‘melontar’ (istilah untuk orang pegi bershopping).

Pada sebelah petang kami hadir ceramah tentang fadhilat beramal di Masjidil Haram dan tempat-tempat mustajab do’a oleh ketua mutawwif syarikat Andalusia, iaitu Ustaz Yusuf. Asal Indonesia tapi dah lama bekerja di Mekkah. Ceramah yang menghiburkan sebab Ustaz suka nyanyi qasidah dan suara pun best.

Berikut adalah tempat-tempat mustajab do’a:
1) Multazam (antara hajarul aswad dan pintu ka’abah)
2) Pintu ka’abah
3) Mizaburrahmah (pancuran emas di penjuru dekat Hijr Ismail)
4) Rukun Yamani (sudut sebelum hajarul aswad)
5) Hajarul Aswad
6) Maqam Ibrahim
7) Telaga Zam-zam (bentuk asal tidak kelihatan kerana telah ditutup)

Tuesday, June 3, 2008

Mecca Tour


Day 3: 22 Mei

Okay! Today is time for jalan-jalan! Kami naik bas ronda ke bukit di mana terletaknya Gua Thur (tempat Rasulullah dan Saidina Abu Bakr bersembunyi dalam perjalanan hijrah ke Madinah). Kemudian terus ke Padang ‘Arafah tempat wukuf jemaah haji. Kata mutawwif sekarang dah banyak pokok, dulu sangat gersang.

Kemudian bas berhenti di Jabal Rahmah, tempat pertemuan Adam dan Hawa yang terpisah selepas dikeluarkan dari syurga. I’m warning you banyak conmen kat sini. Turun bas je, dia akan letakkan serban merah atas kepala dan jika tersilap caj akan dikenakan. Kami pula ada hajat naik unta berhias.
Kami: Kam? (Berapa?)
Pak Arab: Kamera ana 10 Riyal, naik unta 5 Riyal, kamera anta 5 Riyal (dengan bahasa isyarat)
Kami: Ok lah. Kamera anta dan naik unta.

So, kitorg pun dibawa naik unta, satu snap, dua snap, tiga snap dan jalan-jalan. Gambar siap. Pak Arab pun kata ‘Arba’in Riyal (40 Riyal)’. Ini sudah kena kantoi ni. Rupanya sekeping gambar 10 riyal. Nak bergaduh jugak rasanya. Tapi takpelah malas nak panjang-panjangkan.

Kemudian bas bawa ronda ke Mina, Muzdalifah dan terakhir di Ji’ranah. Di situ ada masjid untuk kami solat sunat ihram dan bagi yang lelaki bersiap-siap dengan pakaian ihram.

Kami memilih untuk tidak menunaikan umrah kerana dijangka sampai di Masjidil Haram, hari semakin terik.

Turun bas, ahli grup kami yang lain terus ke masjid. Kami singgah ke kedai dan beli aiskrim. Masa tu Ummi pun cari kamera nak ambil gambar. Astaghfirullah! Kamera tiada dalam beg, poket, pada Ummi mahupun pada Abi. Sedihnyer! Kami trace jalan balik dan cuba call mutawwif untuk call pakcik bas.

Dalam fikiran Ummi, apa lah agaknya ‘ibrah Allah nak bagi. It’s like finding an answer for riddles. Berteka-teki. Kami teruskan pencarian hingga ke Lost and Found Counter jauh di Bab As-Salam (penjuru bertentangan dengan pintu masuk biasa kami: Bab Malik Abdul Aziz) tapi tak bertemu juga. Berhari-hari kami cari dan akhirnya kami redha, ‘tuan rumah’ tidak mengizinkan kami bergambar sakan dengan kamera Canon Ixus 8.1 megapixel tu. Wallahua’lam.

Ibadah Umrah


Untuk melaksanakan ibadah umrah (mesti mengikut manasiknya: miqat, tawaf,sa’ie dan tahallul), kita perlu keluar ke Tanah Halal, iaitu sempadan sebelum masuk ke Tanah Haram.

Miqat

Alhamdulillah, kami berkesempatan miqat dari:
1) Yalamlam (semasa perjalanan dalam kapalterbang dari Malaysia)
2) Ji’ranah
3) Tan’im

Ada satu tempat miqat yang kami pergi tapi kami tidak lakukan umrah iaitu di Hudaibiyah.

Tawaf

Bermula dengan sudut Hajarul Aswad, bahu kiri mesti sentiasa menghadap ka’abah. Ibadah ini dimulakan dengan membaca ‘Bismillah Allahu Akbar walillahil Hamd’ dan bermulalah tujuh pusingan. Kita akan melihat grup dari bermacam-macam negara dengan dipimpin oleh ketua masing-masing membaca do’a dengan lahjah tersendiri.

Selesai tawaf, kita perlu solat sunat di belakang Maqam Ibrahim. Yang terbaik dapat berdo’a di Multazam (berada di antara Hajarul Aswad dan pintu ka’bah). Kemudian disunatkan solat dalam Hijr Ismail. Kat sini memang mencabar jugaklah. Ummi experienced sujud di celah kaki dua orang dan masa bangun, termasuk bawah jubah orang depan. Haha..

Sunat juga sentuh dan kucup Hajarul Aswad (HA). Ni pun pengalaman mencabar berhimpit dan ditolak orang di sudut ka’bah yang paling istimewa ni. Dua hari sebelum ke Madinah, Ummi berjaya juga kucup HA dan itu pun setelah 3 pusingan mencuba masuk ruang sesak tersebut. Berjaya pun dengan tudung tercabut hampir separuh kepala. Aiyoo! Keluar tu rasa syukur dan menggigil sebab rasa macam nak mati je.

Sa’ie

Menginsafi pencarian Hajar, isteri Nabi Ibrahim a.s. yang berlari anak dari Safa ke Marwah sebanyak tujuh pusingan demi mendapatkan air untuk anaknya Ismail, maka sa’ie merupakan nusuk wajib umrah. Boleh tahan juga jaraknya.

Tahallul

Selesai 7 pusingan sa’ie, iaitu di bukit Marwah, tersedia tong-tong sampah untuk membuang rambut yang telah digunting. Abi botakkan kepala di kedai gunting berdekatan hotel. Ha! So chomel!

Apa yang anda akan lihat dalam Masjidil Haram?


1) Orang yang ramai

Manusia bermacam rupa dan ragam serta sangat ramai bergerak dari dan ke arah macam hala. Abi kata macam arus. You just walk and walk non stop.

2) Air zam-zam

Di setiap sudut akan diletakkan deretan tumbler air zam-zam yang mempunyai ruang plastik cup bersih di sebelah kanan, dan ruang plastik cup yang telah digunakan di sebelah kiri. Ada tumbler air zam-zam sejuk (COLD) dan tidak sejuk (NOT COLD). Biasa dah lepas tawaf atau baru sampai dari luar masjid yang panas, kami mesti minum air zam-zam yang sejuk! Akan kelihatan jemaah yang sibuk memenuhkan botol2 kosong mereka dengan air hebat ini dan tidak kurang yang mencuci muka di situ.

3) Ka’bah

Pusat tumpuan ibadah. Setiap masa pasti ramai yang bertawaf. Peak hour adalah selepas maghrib. Semua jemaah sibuk dengan ibadah masing-masing, yang macam hysterical tengok ka’bah pun ada, yang meratap bergayut kat kelambu ka’bah pun ramai. Air mata pasti mengalir laju menginsafi kekhilafan diri.

4) Cleaner

Yang lelaki berpakaian serba hijau. Yang perempuan berhijab dan niqab hitam. Mereka sentiasa berada di mana-mana ruang dalam masjid untuk mengutip sampah, mengganti tumbler air zam-zam, mengemop lantai dan macam-macam lagi. Yang paling macho adalah cleaner yang drive Haram Captor untuk mengeringkan lantai marmar di sekeliling ka’bah dan di luar masjid.

Semua ada sepasang mata, satu hidung, satu mulut…tapi muka lain2!

Satu pemandangan yang jarang-jarang kami lihat (sebab bukan selalu pegi oversea pun) adalah melihat pelbagai bangsa yang datang dengan misi yang sama dan diikat dengan ‘aqidah yang satu-keyakinan pada Allah yang Maha Esa.

Dari bangsa Iran yang para wanitanya memakai chador (kain hitam/putih/bercorak yang diletak atas kepala dan labuh sehingga menyapu lantai), bangsa Arab yang berkulit putih merah dan juga gelap, bangsa Pakistan yang berpakaian punjab dan seledang lilit di kepala hinggalah rumpun Melayu dari negara Malaysia, Singapura dan Indonesia (nak kenal senang sebab semua pakai telekung putih). Allah ciptakan semua dengan sepasang mata, satu hidung dan satu mulut, tapi Subhanallah..muka berbeza-beza!

Ummi ambil peluang duduk sebelah non-Malay seboleh mungkin setiap kali nak solat. Nak practise takallam fil lughah ‘Arabiah. Ok la, not that bad walau pun dah berkarat. Tapi dengan Iran atau Turki surrender! Memang macam cakap ayam dengan itik.

Berpeluang sembang dengan makcik Arab Syria (sebut bahasa Arabnya ‘Suriyya’). Namanya, Amirah dan Muna. Dia gelak-gelak cerita diorang buat sa’ie 14 round sebab ingat 1 round adalah safa-marwah-safa. Apa lagi, bengkak la kaki depa!

Ada kesempatan emas juga tasmi’ hafalan surah Mumtahanah dengan makcik Arab Mesir namanya Fatimah. Kemudian dia ajak tilawah sama-sama surah Al-Hajj. Fatimah jurnalis, jadi dia boleh speaking sikit2. Lama sembang dengan dia sebab nak solat Jumaat. Waktu khutbah Jumaat yang bertemakan Ribut di Myanmar dan Gempa Bumi di China, Fatimah teresak-esak menangis sambil ikut bacaan ayat Al-Quran yang dikhutbahkan khatib. Alhamdulillah Ummi dapat faham juga khutbah tu dan terasa gerun dalam hati dengan peringatan2 Yaumul Qiamah. Akhir liqa’, Ummi minta Fatimah tuliskan pesanan buat Ummi. Dalam nota ringkas, Fatimah mengingatkan tentang peri pentingnya mempelajari Bahasa Arab.

Baby and toddlers Arab, toksah sebut la comelnye macamner. Macam babydoll, geram nak cubit2 pipi. Dengan rambut blond dan ala-ala goldilock pun ada!

Berkesempatan juga duduk sebelah Siti Maftuhah, Indonesian yang baru 8 bulan bekerja dengan majikan di Arab Saudi (tempatnya tak ingat, katanya jauh perjalanan naik kereta 10 jam). Kisah hidupnya menarik kerana berkahwin pada umur 12 tahun dan sekarang berumur 26 tahun dan sudah beranak dua (11 dan 10 tahun). Suaminya meninggal dalam kemalangan dan dia hidup trauma mengenangkan suaminya lalu memilih untuk bekerja di Arab Saudi.

Dan yang best juga jumpa adik-beradik kembar bangsa Palestin, tapi menetap di Dubai. Nama mereka Maysoon dan Hidayatullah. Fuh nama! Baru berumur 20tahun. Belajar di universiti di Dubai dengan masing-masing kursus Interior Design dan Multimedia. We exchanged email address and hopefully we will contact each other again.




Alhamdulillah, syukur kerana Allah pertemukan Ummi dengan Aisye (Turki), Fatimah (Iran), Amal (Syria), Nawwal (Sudan) dan ramai lagi. Terasa nikmat dan benarlah firman Allah;
“…sungguh, Kami telah menciptakan kamu dari seorang lelaki dan seorang perempuan, kemudian Kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku agar kamu saling mengenali. Sungguh, yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa. Sungguh Allah Maha Mengetahui, Mahateliti.” (Al-Hujurat:13)