Tuesday, June 3, 2008

Apa yang anda akan lihat dalam Masjidil Haram?


1) Orang yang ramai

Manusia bermacam rupa dan ragam serta sangat ramai bergerak dari dan ke arah macam hala. Abi kata macam arus. You just walk and walk non stop.

2) Air zam-zam

Di setiap sudut akan diletakkan deretan tumbler air zam-zam yang mempunyai ruang plastik cup bersih di sebelah kanan, dan ruang plastik cup yang telah digunakan di sebelah kiri. Ada tumbler air zam-zam sejuk (COLD) dan tidak sejuk (NOT COLD). Biasa dah lepas tawaf atau baru sampai dari luar masjid yang panas, kami mesti minum air zam-zam yang sejuk! Akan kelihatan jemaah yang sibuk memenuhkan botol2 kosong mereka dengan air hebat ini dan tidak kurang yang mencuci muka di situ.

3) Ka’bah

Pusat tumpuan ibadah. Setiap masa pasti ramai yang bertawaf. Peak hour adalah selepas maghrib. Semua jemaah sibuk dengan ibadah masing-masing, yang macam hysterical tengok ka’bah pun ada, yang meratap bergayut kat kelambu ka’bah pun ramai. Air mata pasti mengalir laju menginsafi kekhilafan diri.

4) Cleaner

Yang lelaki berpakaian serba hijau. Yang perempuan berhijab dan niqab hitam. Mereka sentiasa berada di mana-mana ruang dalam masjid untuk mengutip sampah, mengganti tumbler air zam-zam, mengemop lantai dan macam-macam lagi. Yang paling macho adalah cleaner yang drive Haram Captor untuk mengeringkan lantai marmar di sekeliling ka’bah dan di luar masjid.

No comments: