Tuesday, June 24, 2008

Riyal oh Riyal!



Dalam ceramah Ustaz Yusuf, kami dimaklumkan bahawa terlampau banyak ruang pahala yang boleh direbut dan mudah dilaksanakan. Di antaranya adalah wakaf Al-Quran yang diletakkan di Masjidil Haram. Pahalanya akan berpanjangan kerana berjuta jemaah yang datang akan memanfaatkan mushaf tersebut.

Sejurus selepas itu, Umi dan Abi membuat keputusan hadiah terbaik untuk Mama dan Ayah serta Umi dan Abun adalah wakaf mushaf Al-Quran. Kalau di kedai buku biasa, mushaf sederhana menurut piawai yang diterima Masjidil Haram, harganya SR40. Kami reserve dulu sebab duit tak ‘berapa cukup’ untuk dibawa untuk belanja di Madinah.

Kebetulan pulang dari masjid selepas solat Isya’, datang seorang penjual Arab memakai jubah putih dan berkopiah menjual mushaf dengan harga SR25. Apa lagi?!! Kami terus borong empat mushaf. Keesokannya apabila kami letakkan di atas rak Al-Quran di dalam masjid, kami perasan petugas/cleaner masjid datang membawa troli untuk mengeluarkan sebarang buku atau mushaf yang tidak menurut piawai masjid. Wallahua’lam mushaf kami termasuk dlama kategori tersebut atau tidak.

Rupa-rupanya, mushaf kami adalah keluaran Syria dan bukan menurut piawai sebenar. Kecewa juga. Tapi disebabkan Abi tekad nak wakafkan mushaf tersebut, kami kena la pi cari mesin cetak riyal. Haha!

Keluar dari Bab Malik Abdul Aziz, anda akan melihat Pasaraya Ben Dawood (ala-ala Giant). Di bangunan tersebut ada mesin ATM Bank Ar-Rajhi dan juga HSBC.

Abi cuba call hotline Maybankard untuk ‘activate’ pengeluaran internasional. Berkali-kali kami cuba…dari telefon operator..hingga menunggu pengesahan untuk pengeluaran internasional tersebut. Kalau ada rezeki boleh la kami beli mushaf baru untuk wakaf.

Selepas solat ‘Asar kami cuba lagi, di Bank Ar-Rajhi….jeng..jeng…Boleh keluar Riyal!! Kami ‘mintak cetak’ SR200. Siap slip bank ada print baki duit dalam akaun kami lagi.

Wah! Lepas ni dengan Maybankard boleh keluarkan duit kat mana-mana ATM oversea la! Voila!

No comments: