Monday, June 23, 2008

Ibadah Sepenuh Hati



Day 4: 23 Mei

Awal pagi kami selesai sarapan kami naik bas untuk mengerjakan umrah dengan miqat dari tempat bernama Tan’im. Sayidatina ‘Aisyah miqat untuk umrah di tempat ini. Yang menarik tentang Tan’im adalah terdapat tempat jatuh hukuman bagi penjenayah yang melakukan convicted crime. Mutawwif pernah melihat dengan mata kepalanya sendiri seorang pencuri dijatuhkan hukuman potong tangan. Katanya, sebab itu orang Arab jika bergaduh ‘busuk-busuk’ pun gaduh mulut je.

Kami tiba dari Masjid Aisyah di Tan’im, terus ikut mutawwif untuk melaksanakan ibadah umrah. Ibadah lagi sepenuh hati. Merendah diri, merintih di hadapan rumah Allah dan memohon HANYA kepada Allah. Bukan ka’bah atau mana2 tiang yang ada di dalam Masjidil Haram.

Umi pernah nampak Pak Arab (guard yang berjubah) menghalang seorang Iran, katanya,”Ya Musyrik! Ud’u ilalLah laisal ka’bah” (berdo’alah pada Allah bukan ka’bah). Ini lah fahaman-fahaman terpesong sesetengah jemaah yang hadir dan ini kelihatan di dinding ka’bah di mana sesetengahnya meratap dan bergayut-gayut pada kelambu ka’bah. Jangan terkejut dan jangan pulak ikut mereka ye!

Day 5: 24 Mei

Hari ini hari Jumaat. Masa terhad untuk keluar ke mana-mana. Kami banyakkan tawaf sunat dan ada masa yang sesuai balik dari masjid kami pun ‘melontar’ (istilah untuk orang pegi bershopping).

Pada sebelah petang kami hadir ceramah tentang fadhilat beramal di Masjidil Haram dan tempat-tempat mustajab do’a oleh ketua mutawwif syarikat Andalusia, iaitu Ustaz Yusuf. Asal Indonesia tapi dah lama bekerja di Mekkah. Ceramah yang menghiburkan sebab Ustaz suka nyanyi qasidah dan suara pun best.

Berikut adalah tempat-tempat mustajab do’a:
1) Multazam (antara hajarul aswad dan pintu ka’abah)
2) Pintu ka’abah
3) Mizaburrahmah (pancuran emas di penjuru dekat Hijr Ismail)
4) Rukun Yamani (sudut sebelum hajarul aswad)
5) Hajarul Aswad
6) Maqam Ibrahim
7) Telaga Zam-zam (bentuk asal tidak kelihatan kerana telah ditutup)

No comments: