Tuesday, June 3, 2008

Ibadah Umrah


Untuk melaksanakan ibadah umrah (mesti mengikut manasiknya: miqat, tawaf,sa’ie dan tahallul), kita perlu keluar ke Tanah Halal, iaitu sempadan sebelum masuk ke Tanah Haram.

Miqat

Alhamdulillah, kami berkesempatan miqat dari:
1) Yalamlam (semasa perjalanan dalam kapalterbang dari Malaysia)
2) Ji’ranah
3) Tan’im

Ada satu tempat miqat yang kami pergi tapi kami tidak lakukan umrah iaitu di Hudaibiyah.

Tawaf

Bermula dengan sudut Hajarul Aswad, bahu kiri mesti sentiasa menghadap ka’abah. Ibadah ini dimulakan dengan membaca ‘Bismillah Allahu Akbar walillahil Hamd’ dan bermulalah tujuh pusingan. Kita akan melihat grup dari bermacam-macam negara dengan dipimpin oleh ketua masing-masing membaca do’a dengan lahjah tersendiri.

Selesai tawaf, kita perlu solat sunat di belakang Maqam Ibrahim. Yang terbaik dapat berdo’a di Multazam (berada di antara Hajarul Aswad dan pintu ka’bah). Kemudian disunatkan solat dalam Hijr Ismail. Kat sini memang mencabar jugaklah. Ummi experienced sujud di celah kaki dua orang dan masa bangun, termasuk bawah jubah orang depan. Haha..

Sunat juga sentuh dan kucup Hajarul Aswad (HA). Ni pun pengalaman mencabar berhimpit dan ditolak orang di sudut ka’bah yang paling istimewa ni. Dua hari sebelum ke Madinah, Ummi berjaya juga kucup HA dan itu pun setelah 3 pusingan mencuba masuk ruang sesak tersebut. Berjaya pun dengan tudung tercabut hampir separuh kepala. Aiyoo! Keluar tu rasa syukur dan menggigil sebab rasa macam nak mati je.

Sa’ie

Menginsafi pencarian Hajar, isteri Nabi Ibrahim a.s. yang berlari anak dari Safa ke Marwah sebanyak tujuh pusingan demi mendapatkan air untuk anaknya Ismail, maka sa’ie merupakan nusuk wajib umrah. Boleh tahan juga jaraknya.

Tahallul

Selesai 7 pusingan sa’ie, iaitu di bukit Marwah, tersedia tong-tong sampah untuk membuang rambut yang telah digunting. Abi botakkan kepala di kedai gunting berdekatan hotel. Ha! So chomel!

No comments: