Tuesday, June 3, 2008

Dunia itu ibarat sandalmu



Day 2-21 Mei

Selesai urusan imigresen, kami pun terus naik bas dan alhamdulillah dapat melenakan diri setelah 3 jam menanti urusan selesai. Perjalanan Jeddah ke kota Mekkah Al-Mukarramah mengambil masa 1 jam. Mutawwif berbangsa Indonesia briefing pun, kami dengar dalam tidur2 ayam.

Bas melalui satu jalan utama yang menuruni bukit, dan dalam keheningan pagi, tiba-tiba tersergam indah menara Masjidil Haram dipancari lampu yang terang. Subhanallah! Ummi genggam tangan Abi. "Kita dah sampai Abg. Alhamdulillah. "

Bas menurunkan kami di hadapan Hijjaz Palace Hotel, kurang lebih 200 meter jarak dari masjid. Mutawwif berpesan agar kami membersihkan diri dan berkumpul di lobi hotel dalam masa 30 minit. Abi dengan pakaian ihram dah bersiap dan kami menuju ke masjid dengan berduyun-duyun bangsa lain kelihatan telah mula berjalan sejak awal pagi lagi.

Dengan husnuzzan, Ummi letak sandal di rak kasut sebab uncang kasut dengan Abi. “Takpe lah, takkan la orang nak curi kot!” getus hati kecil Ummi.


Sampai je ke dalam ruang solat masjid, dah ternampak ka’abah, baitullah tersergam indah. Bergetar rasa dada, semua perasaan datang. Ya Allah, Kau izinkan kami hadir di rumah-Mu ini…alhamdulillah wa syukru lillah. Disebabkan lagi setengah jam masa nak masuk subuh, guard dah tak benarkan jemaah wanita masuk ke ruang tawaf untuk memberi laluan untuk solat. Maka,kami tunaikan solat Subuh dulu dan ibadah umrah diteruskan sejurus selesai solat. Berikut adalah rukun umrah:
1) Miqat (kami niat di tempat miqat bernama Yalamlam, kat atas kapalterbang lagi)
2) Tawaf (7pusingan bermula dari sudut Hajarul Aswad, arah lawan putaran jam)
3) Sa’ei (berjalan 7 pusingan Safa-Marwah)
4) Tahallul (bergunting rambut bagi perempuan dan bercukur lbh afdhal bagi lelaki)
5) Tertib (mesti ikut sequence)

Perasaan bercampur baur semasa bersesak-sesakan melakukan tawaf. Citer feeling2 ni Ummi citer later ye. 

Selesai tahallul, kami pun keluar untuk balik hotel. Baru jam 6.30 pagi, tapi dah terang. Bila Ummi nak amek sandal kat rak, aduss! Dah hilang. Tak pe lah sedeqah. Dah berkaki ayam lah Ummi berjalan pulang ke hotel. Kotor habis stokin.

Benarlah kata Ibnu Taimiyyah: “Dunia itu ibarat sandalmu. Engkau hanya memerlukannya untuk mencapai tujuanmu. Tiada siapa yang begitu menyayangi sandalnya hingga ia tidak mahu bergerak menuju tujuannya.”

Allahuakbar! Dalam keadaan kehilangan sandal Scholl baru beli kat Malaysia tu, dah tak kira lah apa gantinya. Janji ada la alas kaki yang boleh dipakai buat berjalan. Begitulah kita hidup di dunia ini. Akhirat matlamat utama dan dunia itu hanya sekadar perjalanan sahaja.

First ‘Ibrah for me fi baitullahil haram!

No comments: