Monday, June 23, 2008

Gua Hira’ – what an experience!


Pada hari Ustaz Yusuf menyampaikan ceramahnya, kami ditawarkan untuk lawatan extra, Ladang Unta dan Hudaibiyah (tempat Rasulullah menjalankan bai’ah) serta pendakian ke Gua Hira’.

Dengan bayaran tambahan SR48, kami pun bersetuju untuk ikut lawatan tambahan tersebut. I never could imagine the trip up to the cave will be that thrill! Phew! Dengan kasut cabuk (ok la buat berjalan), ada rezeki juga dapat sampai ke Gua Hira’.

Ustaz Yusuf cadangkan kami pergi pada malam hari. Kami berkumpul di lobi hotel jam 10 malam. Tidak semua dari kumpulan kami yang turut serta dalam trip ni. Maklumlah nak mendaki!

Van yang membawa kami melalui lorong kecil dan mendaki di celah-celah rumah penduduk tempatan. Suspen jugak, larat ke van ni naik jalan ni?

Alhamdulillah sampai di tempat berkumpul, kami minum dulu. Ada kedai runcit kecil yang menjual minuman, poster dan poskad tempat-tempat bersejarah di Tanah Haram.

Sekitar jam 11 malam, kami pun mulakan perjalanan mendaki. Very steep nevertheless we were quite lucky though. Dah ada anak-anak tangga yang diperbuat dari simen walau pun tiada tali pemegang di kiri atau kanan. Sangat bahaya sebenarnya!


Rasa mengah juga mendaki. Jalan perlahan-lahan. Berhenti sekejap hirup udara segar di malam hari, best jugak! Tapi ada ketika tertentu Umi terasa gayat dan rasa terhoyong-hayang. Wallahua’lam, dek kerana angin yang bertiup di atas bukit atau kerana pemandangan lampu-lampu rumah di bawah nun yang sayup-sayup kelihatan. Detik itu, terasa macam tak nak teruskan je. Thanx to Abi kerana beri sokongan moral.

Tiba je di puncak, terdapat dataran yang menempatkan beberapa pondok tempat pengunjung berteduh (jika pendakian dibuat pada siang hari). Tidak kurang juga ada seorang Pakcik Kashmir meniaga di atas. Not bad la! Boleh beli air tin dan air mineral dengan harga SR2.00. Dan, ada juga pengemis yang menetap di puncak Jabal Nur ni.

Setelah menikmati pemandangan kota Mekkah yang indah diterangi lampu-lampu neon, kami perlu turun anak tangga yang lebih curam dan kemudian memasuki ruang gua yang sempit sebelum tiba di ruang khalwat Rasulullah. Kecil sahaja, tidak besar, cukup untuk dua orang dewasa berdiri dan sujud di situ. Kemudian dalam keheningan malam, Ustaz Yusuf memanjat ruang gua yang tinggi dan duduk bersila di situ. Ustaz memulakan ceritanya tentang proses penurunan wahyu oleh Jibril pada Rasulullah. Meremang bulu roma mendengar cerita Ustaz. Terbayang pada saat itu, Jibril berada di ruang angkasa kami melebarkan sayapnya sejauh mata memandang. AllahuAkbar! Ya Rasulullah, sungguh besar pengorbananmu mengemban amanah ini.
Pendakian mengambil masa 1 jam, penurunan juga mengambil masa 1 jam. Pulang ke hotel, jam dah menunjukkan pukul 2 pagi. Penatnya tapi berbaloi. Gua Hira’ – what an experience!! Kena pegi sendiri la baru boleh hayati..heheh.

No comments: