Tuesday, June 3, 2008

Semua ada sepasang mata, satu hidung, satu mulut…tapi muka lain2!

Satu pemandangan yang jarang-jarang kami lihat (sebab bukan selalu pegi oversea pun) adalah melihat pelbagai bangsa yang datang dengan misi yang sama dan diikat dengan ‘aqidah yang satu-keyakinan pada Allah yang Maha Esa.

Dari bangsa Iran yang para wanitanya memakai chador (kain hitam/putih/bercorak yang diletak atas kepala dan labuh sehingga menyapu lantai), bangsa Arab yang berkulit putih merah dan juga gelap, bangsa Pakistan yang berpakaian punjab dan seledang lilit di kepala hinggalah rumpun Melayu dari negara Malaysia, Singapura dan Indonesia (nak kenal senang sebab semua pakai telekung putih). Allah ciptakan semua dengan sepasang mata, satu hidung dan satu mulut, tapi Subhanallah..muka berbeza-beza!

Ummi ambil peluang duduk sebelah non-Malay seboleh mungkin setiap kali nak solat. Nak practise takallam fil lughah ‘Arabiah. Ok la, not that bad walau pun dah berkarat. Tapi dengan Iran atau Turki surrender! Memang macam cakap ayam dengan itik.

Berpeluang sembang dengan makcik Arab Syria (sebut bahasa Arabnya ‘Suriyya’). Namanya, Amirah dan Muna. Dia gelak-gelak cerita diorang buat sa’ie 14 round sebab ingat 1 round adalah safa-marwah-safa. Apa lagi, bengkak la kaki depa!

Ada kesempatan emas juga tasmi’ hafalan surah Mumtahanah dengan makcik Arab Mesir namanya Fatimah. Kemudian dia ajak tilawah sama-sama surah Al-Hajj. Fatimah jurnalis, jadi dia boleh speaking sikit2. Lama sembang dengan dia sebab nak solat Jumaat. Waktu khutbah Jumaat yang bertemakan Ribut di Myanmar dan Gempa Bumi di China, Fatimah teresak-esak menangis sambil ikut bacaan ayat Al-Quran yang dikhutbahkan khatib. Alhamdulillah Ummi dapat faham juga khutbah tu dan terasa gerun dalam hati dengan peringatan2 Yaumul Qiamah. Akhir liqa’, Ummi minta Fatimah tuliskan pesanan buat Ummi. Dalam nota ringkas, Fatimah mengingatkan tentang peri pentingnya mempelajari Bahasa Arab.

Baby and toddlers Arab, toksah sebut la comelnye macamner. Macam babydoll, geram nak cubit2 pipi. Dengan rambut blond dan ala-ala goldilock pun ada!

Berkesempatan juga duduk sebelah Siti Maftuhah, Indonesian yang baru 8 bulan bekerja dengan majikan di Arab Saudi (tempatnya tak ingat, katanya jauh perjalanan naik kereta 10 jam). Kisah hidupnya menarik kerana berkahwin pada umur 12 tahun dan sekarang berumur 26 tahun dan sudah beranak dua (11 dan 10 tahun). Suaminya meninggal dalam kemalangan dan dia hidup trauma mengenangkan suaminya lalu memilih untuk bekerja di Arab Saudi.

Dan yang best juga jumpa adik-beradik kembar bangsa Palestin, tapi menetap di Dubai. Nama mereka Maysoon dan Hidayatullah. Fuh nama! Baru berumur 20tahun. Belajar di universiti di Dubai dengan masing-masing kursus Interior Design dan Multimedia. We exchanged email address and hopefully we will contact each other again.




Alhamdulillah, syukur kerana Allah pertemukan Ummi dengan Aisye (Turki), Fatimah (Iran), Amal (Syria), Nawwal (Sudan) dan ramai lagi. Terasa nikmat dan benarlah firman Allah;
“…sungguh, Kami telah menciptakan kamu dari seorang lelaki dan seorang perempuan, kemudian Kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku agar kamu saling mengenali. Sungguh, yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa. Sungguh Allah Maha Mengetahui, Mahateliti.” (Al-Hujurat:13)

1 comment:

Naisyu said...

salam...

ummu umar...ni kak Aisyah (xUPM)

hehe..ingat tak ni???

seronok baca xprience g umrah...